TikTok Rebutan Pelabur AS, Ada Udang Sebalik Batu?

271

Nasib TikTok mungkin dianggap malang kerana dituduh menjual datanya kepada China, namun tidak bererti TikTok sudah hilang ‘takhta’ di hati masyarakat dunia.

Kedudukan TikTok yang tersepit diantara statusnya di Amerika Syarikat (AS) dan negara lain menjadikan platform itu sebagai sasaran pelabur teknologi AS untuk membeli majoriti saham syarikat itu.

Dikatakan tindakan itu sebagai usaha penyelesaian kepada kebimbangan terhadap keselamatan negara yang melibatkan aplikasi perkongsian videoitu.

Tidak pasti lagi sejauh mana para pelabur sanggup membayar saham syarikat itu, tetapi beberapa pelabur kecil yang diketuai oleh General Atlantic dan Sequioa Capital kini sedang dalam perbincangan dengan pengawal selia AS tentang pemilikan syarikat media sosial itu.

Sementara itu, Facebook pada Khamis telah mengumumkan pelancaran saingan terbaru TikTok di India iaitu Reels, ciri terbaru Instagram iaitu rakaman video berdurasi 15 saat. Negara lain yang telah menerima ujikaji ciri terbaru itu termasuklah Brazil, Perancis dan Jerman.

Facebook bertindak demikian berikutan daripada kempen pemilihan presiden AS, Donal Trump yang mendakwa TikTok mengintip pengguna AS sekaligus menyekat penggunaan TikTok di negara itu.

Pada awal Julai pula, TikTok undur diri dari pasaran Hong Kong sejak bermulanya era undang-undang keselamatan baru di wilayah itu dan cuba untuk menembusi pasaran baru di luar China.

Terbaru, pada Selasa TikTok memberitahu dalam rancangan untuk membuka 10,000 peluang pekerjaan di AS untuk tempoh tiga tahun, lonjakan besar dari jumlah asal, 1,400 pekerja bagi 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat