Tindakan Arab Saudi dalam Membekukan Bekalan telah Membantu Pengukuhan Harga Minyak Mentah!

29

Harga minyak mentah kekal pada hari Jumaat selepas disokong oleh pembekuan bekalan oleh anggota OPEC dan keraguan berterusan terhadap proses pematuhan perjanjian.

WTI mentah diniagakan pada $53.01 setong dan tidak banyak berubah dari paras sebelum ini.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa pula masih belum memulakan dagangan dalam waktu ini.

Pengeksport minyak mentah iaitu Arab Saudi telah mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mentah di bawah 10 juta tong sehari kepada paras yang paling rendah sejak Februari 2015.

Ini bermakna kerajaan tersebut telah mengurangkan kira-kira 486,000 tong sehari selepas bersetujuan untuk bekerjasama bagi menangani masalah lebih global dan membendung kejatuhan harga minyak.

Walaupun begitu, masih terdapat keraguan bahawa kesemua negara yang terlibat akan mematuhi perjanjian terbabit.

Menurut bank BNP Paribas, hala tuju harga minyak mentah akan bergantung kepada tahap pematuhan oleh angoota OPEC dan pengeluar utama. Memetik kenyataan bank tersebut lagi, pasaran telah melonjak sejak akhir 2016 dan pematuhan perjanjian bakal menolak harga ke paras yang lebih tinggi.

Bank itu turut menjangkakan bahawa WTI mentah akan mencapai purata sehingga $56 setong pada tahun 2017 dan Brent akan meningkat sehingga $58 setong.

Bank ABN Amro pula mengemukakan pendapat yang berlawanan apabila mengatakan bahawa harga minyak mungkin akan didagang dalam julat yang sempit pada separuh pertama tahun ini.

Greenback Mula Memantapkan Kedudukan dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat