Tinjau 5 Rangkaian Terbaru Di Polkadot (DOT): Acala, Astar, Moonbeam, Clover & Parallel Finance

493

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, lima parachains: Acala Network, Astar Network, Moonbeam, Clover, dan Parallel Finance akhirnya telah dilancarkan di ekosistem Polkadot pada 17 Disember.

Sebagai rekod, kelima-lima parachains ini telah memenangi slot parachains yang dilelong Polkadot sejak awal November 2021.

Difahamkan hampir 99 juta DOT (bernilai sekitar $2.4 bilion atau RM10.15 bilion) berjaya dikumpulkan sebagai ‘modal’ untuk kelima-lima parachains itu ‘menyewa’ di rangkaian Polkadot selama dua tahun.

Projek-projek yang memenangi slot Polkadot ini akan memfokuskan kepada pengumpulan kes penggunaan terutama dari aspek kewangan desentralisasi (DeFi) dan pinjaman, serta banyak lagi.

Menariknya tentang parachains yang diketengahkan Polkadot ini ialah setiap rangkaian boleh menyokong antara satu sama lain walaupun berbeza latar belakang kerana kesemuanya telah terikat dengan Relay Chain.

Setakat penulisan artikel ini, sudah ada lebih 200 projek di Polkadot dan lelongan slot parachains masih diteruskan bagi siri seterusnya untuk tempoh 23 hingga 30 Disember 2021.

DOT didagangkan pada $24.63, susut lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat