Acala Network – Pemenang Parachain Polkadot Yang Pertama!

472

Teka-teki terjawab apabila Acala Network memenangi slot parachain yang dihoskan oleh rangkaian Polkadot (DOT).

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Acala menerusi satu twit rasmi pada malam tadi:

Daripada lebih 81,000 pelabur, Acala berjaya mengumpul sebanyak 32.5 juta DOT bernilai RM 5.3 bilion dalam satu penawaran koin awal (ICO).

Ini bermakna, DOT tersebut telah dikunci bagi tempoh penyewaan parachain. Berdasarkan jumlah tersebut, Acala akan mengedarkan sebanyak 105,893,309.1 token ACA kepada komuniti pelaburnya.

Manakala sebanyak 24,116,159.8 token LCDOT, token cair yang mewakili DOT terkunci akan diserahkan kepada peserta crowdloan untuk kegunaan di Acala Network.

Protokol ini akan mula beroperasi di Polkadot pada 17 Disember, bersama lima projek pertama yang juga meraih kemenangan.

Menurut timbalan presiden Acala, Dan Reecer, ada beberapa projek yang akan dilancarkan pada 2022:

  • Pelancaran produk staking Liquid DOT (LDOT)
  • Stablecoin decentralisasi
  • Pertukaran desentralisasi (DEX) yang berkonsepkan AMM
  • Pertumbuhan teknologi Ethereum Virtual Machine+ (EVM+)

Sementara itu, lelongan parachain Polkadot yang kedua sedang berlangsung tetapi Moonbeam diangkat sebagai pemenang semasa selepas berjaya mencapai 5 juta transaksi. Moonbeam menjadi peneraju parachain di Kusama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat