Tinjauan Dapati 3 Daripada 4 Peminat Sukan Skeptikal Dengan Pelaburan NFT

110

Laman web bonusfinder.com baru-baru ini menjalankan tinjauan berkaitan NFT yang melibatkan 1,009 peminat sukan berumur 18 sehingga 83 tahun di Amerika Syarikat (AS). 64.1% respondan merupakan lelaki dan 35.7% adalah wanita, dengan usia rata-rata 38 tahun.

Tinjauan ini juga memfokuskan minat di beberapa negeri seperti California, Hawaii, Washington D.C., Nevada, dan Vermont. Manakala kata kunci ‘NBA Top Shot’ merekodkan paras tertinggi di New Hampshire, Rhode Island, Delaware, Massachusetts, dan New Jersey.

Bonusfinder mendapati 62% respondan tahu mengenai NFT, 16% pula tidak tahu apa-apa tentang NFT, 23% responden tidak pasti tentang NFT, akhir sekali sekitar 9% sahaja yakin dengan teknologi NFT.

Dalam tinjauan Bonusfinder ini juga mendapati seramai 40% peminat sukan tidak yakin dengan jangka hayat NFT, manakala 39% pula teruja untuk melihat potensi NFT. Bagaimanapun, 29% respondan menjelaskan mereka keliru dengan kewujudan NFT.

Malah, terdapat 34% daripadanya agak skeptikal dengan pelaburan NFT untuk jangka panjang walaupun telah berjaya menjual beberapa NFT berbanding kurang daripada 4% yang telah membeli NFT, dan 23% pula masih ragu-ragu.

Secara umumnya, Bonusfinder menyimpulkan hampir 3 daripada 4 orang ‘agak’ skeptikal dengan NFT sebagai satu aset pelaburan. Didapati 52% peminat sukan bersetuju bahawa NFT sukan merupakan gelembung pelaburan, yang mungkin sesuai mengikut pasaran semasa.

Adakah anda pun rasa begitu?

Baru-baru ini pasukan bola sepak JDT mengumumkan rancangan untuk melancarkan koleksi NFT yang diinspirasikan oleh hasil kerja seni yang diinspirasikan oleh kelab tersebut. Jika anda seorang peminat JDT, adakah anda bersedia untuk membeli koleksi NFT tersebut?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat