Ini Lima Platform Terbaik Untuk Anda Dapatkan NFT TerUnik (Part II)

3,787

Anda yang berada di sini sudah pasti dari artikel part I. Betul tak?

Jom kita tinjau lagi lima platform yang memasarkan NFT yang unik, lain daripada yang lain.

Decentraland

Dikuasakan oleh blockchain Ethereum (ETH), Decentraland ialah platform realiti maya desentralisasi. Di Decentraland, pengguna boleh mencipta, alami dan kawal kandungan dan aplikasi mereka.

Ruangnya yang dikenali sebagai LAND boleh dibeli menggunakan MANA, token ERC20. Dengan cara itu, pengguna memiliki ‘tanah’ tersebut dan berhak untuk mengawal persekitarannya termasuk membangunkan aplikasi tersendiri.

Audius

Platform penstriman muzik desentralisasi pertama dibangunkan di blockchain Ethereum dan boleh juga dianggap pesaing utama SoundCloud. Menariknya, pengguna bukan sahaja dapat mengakses muzik pada kualiti tertinggi – 320kbps tetapi juga boleh mendengar muzik tanpa sekatan.

Protokol Audius dikuasakan oleh token AUDIO. Pada 9 April, platform ini telah melancarkan Audius Collectibles bagi tujuan mengajak artis mereka showcase dan merchandise NFT di ekosistem web3.

Async

Tampil berbeza dengan kebanyakan NFT yang hadir dengan satu unit gambar, Async Art membawakan seni digital dalam Layers, menjadi satu unit gambar.

Lagi menarik, ia boleh berubah-ubah bergantung kepada mod ini: masa (siang, malam), data pasaran atau cuaca. Untuk mendapatkan NFT ini, anda cuma perlu ada ETH.

NBA Top Shot

Sukakan bola keranjang dan peminat NBA, anda mungkin gemarkan NFT ini. Uniknya, ia bukanlah diasaskan dengan token ERC-721, sebaliknya ia NFT di Flow Blockchain yang dibangunkan oleh Dapper Labs khas untuk NFTs.

Setakat ini antara NFT termahal yang telah terjual adalah set highlights pemain LeBron James. Ia berjaya dijual pada tanda harga $208,000 pada Februari.

Axie Infinity

Penggemar game mudah alih pasti sukakan Axie Infinity, permainan desentralisasi di platform Ethereum. Ia diinspirasikan oleh permainan Pokémon dan Tamagotchi dimana pengguna boleh membiak, membesarkan, bertempur dan dagangkan karakternya di pasaran.

Untuk membeli, pastikan anda memiliki ETH.

Uniqly

Uniqly, platform yang tampil berbeza dengan kelebihan kepada penggunanya. Anda bukan sahaja boleh mewujudkan ciptaan anda sebagai NFT dan disimpan secara digital tetapi juga secara fizikal.

Maksudnya, Uniqly akan menghantar sendiri jika anda inginkan NFT tersebut dalam bentuk fizikal. Menarik bukan?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat