Ini Lima Platform Terbaik Untuk Anda Dapatkan NFT TerUnik! (Part I)

9,224

Walaupun pasaran non-fungible token (NFT) dianggap tidak masuk akal, ternyata ia masih mencuri perhatian segelintir pelabur kripto.

Jika anda salah satu daripada mereka dan tercari-cari di manakah tempat terbaik untuk mendapatkan NFT, inilah laman terbaik untuk anda bermula!

OpenSea

OpenSea merupakan platform jual beli NFT yang terkenal dan terbesar setakat ini. Apa saja yang anda cari dari sebarang koleksi (e.g: CryptoPunks, Decentraland, SuperRare), keperluan gaming (e.g: kad kuasa), seni digital atau aset digital lainnya  ada di sini.

Pembelian NFT boleh dilakukan dengan menghubungkan wallet anda dengan MetaMask atau Dapper dan Ether (ETH) untuk membeli NFT di OpenSea.

Terra Virtua

Platform hiburan interaktif virtual reality (VR) yang berasaskan blockchain ini mungkin tempat terbaik untuk anda mendapatkan NFT figurines kegemaran anda kerana mereka telah berkolaborasi bersama Paramount, Legendary Entertainment, Netflix dan Polkamarkets. Setakat ini antara koleksi terhangat di platform ini termasuklah Lost in Space, Godzilla vs. Kong, dan The Godfather.

Pada 2020, mereka telah melancarkan token TVK bagi tujuan pembelian NFT di pasaran tersebut.

VeVe

VEVE NFT Marketplace - DC

Platform ini dibangunkan oleh ECOMI (OMI) dan kebanyakan NFT yang dilelong adalah dalam 3D. Untuk pembelian, anda cuma perlukan token OMI.

Mereka juga telah bekerjasama dengan beberapa beberapa jenama besar seperti Warner Bros., Capcom dan DC Comics. Antara koleksi terkenal dan laku keras adalah Ghostbusters, Batman, Ultraman dan Harley Quinn.

Valuables By Cent

Tertarik dengan pengasas Twitter melelongkan tweet pertamanya, anda juga mungkin boleh mendapatkan tweet dari akaun yang anda gemari. Misalnya Binance telah membuka lelongan tweet ucapan tahniah kepada Coinbase dengan penyenaraiannya di Nasdaq.

Untuk mendapatkan NFT di platform ini anda cuma perlukan ETH.

Looking Glass Factory

Platform ini menfokuskan kepada paparan gambar, video atau model 3D secara hologram tanpa memerlukan kaca mata khas.

Pada Disember, mereka telah melancarkan Looking Glass Potrait yang mana dikatakan jauh lebih murah dan ringan. Malah, potrait itu juga boleh dihubungkan dengan Azure Kinect Microsoft, RealSense Intel atau Leap Motion Controller bagi ciri hologram interaktif.

Nantikan artikel part II pula ya gais! Jangan lupa baca Intraday, baru trade!

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat