‘Luaskan Kuasamu’ Dalam Teknologi Blockchain, JDT Bakal Lancarkan Koleksi NFT!

4,950

Memanfaatkan inovasi teknologi kripto, tepat menggambarkan keputusan pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikhabarkan bakal melancarkan koleksi digital non-fungible token (NFT) tidak lama lagi.

Keputusan yang diambil secara tidak langsung membuka ruang kepada peminat untuk sentiasa dekat dengan kelab tersebut melalui koleksi digital NFT.

Jelas JDT melalui kicauan twit semalam, NFT yang bakal dilancarkan merupakan hasil kerja seni yang diinspirasikan oleh kelab pasukan skuad Harimau Selatan itu.

Pemilikan koleksi digital tersebut itu dapat dibuktikan melalui teknologi blockchain.

Pengumpulan koleksi NFT JDT juga menawarkan peminat peluang untuk menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti ruang korporat ketika menonton acara di stadium, bersantai bersama pemain pasukan utama atau memiliki akses eksklusif terhadap aset-aset bersejarah JDT.

JDT nampaknya komited untuk lebih menghargai penyokong-penyokongnya sebagai pemain ke-12 dan berharap teknologi blockchain dapat mengeratkan hubungan mereka selain membuka mata terhadap potensi dunia digital di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat