TM Malaysia Bekerjasama Dengan Telin Indonesia Untuk Bina Kabel Dasar Laut

291

‘Makin mantap lah jaringan telekomunikasi negara kita lepas ni.’

Gergasi-gerasi telekomunikasi Malaysia dilihat sedang rancak menjalankan kerjasama bersama negara-negara serantau bagi mengembangan rangkaian mahupun capaian teknologi.

Kini cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd (TM) iaitu TM Wholesale akan melakukan kerjasama dengan Telin, sebuah anak syarikat PT Telkom di Indonesia.

Menerusi memorendum persefahaman (MOU) yang ditandatangai baru-baru ini, kedua-dua syarikat tersebut akan berkolaborasi bagi mencari peluang untuk mengembangkan aturan perniagaan kabel dasar laut.

Naib Presiden eksekutif TM Wholesale, Amar Huzaimi Md Deris memberitahu bahawa kerjasama tersebut akan membuka peluang bagi kedua-dua syarikat mendalami kapasiti kabel dasar laut bagi memenuhi permintaan perkhidmatan jalur lebar yang semakin meningkat.

Tambah beliau lagi, ia juga menambah kepelbagaian sambungan dan laluan alternatif lain bagi Malaysia berhubung ke seluruh dunia, selain membuka prospek dalam menerokai pendekatan paling berkesan bagi masa depan kabel dasar laut di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telin, Budi Satria Dharma Purba pula menzahirkan rasa keterujaan hasil kerjasama tersebut yang akan membuka peluang seperti aktiviti membeli, menjual, menaik taraf dan pelaburan mengenai kabel dasar laut.

Terangnya, kerjasama tersebut juga akan memenuhi keperluan pemegang kepentingan Telin dengan sewajarnya dalam memastikan ketersambungan yang memenuhi permintaan trend seperti kerja yang fleksibel, penstriman video dan permainan terus meningkat.

Buat masa ini TM memiliki dan memajak 30 sistem kabel dasar laut yang menjangkaui lebih 320,000 kilometer di seluruh dunia sementara Telin pula memiliki dan memajak 22 sistem kabel dasar laut sepanjang 222,269 kilometer.

Sebagai makluman, kabel dasar laut adalah kabel yang yang membawa isyarat telekomunikasi merentasi lautan dan laut.

Dalam pada itu, ini merupakan berita ke2 pada minggu ini berkenaan kerjasama antara syarikat telekomunikasi dengan negara serantau, di mana sebelum ini Axiata telah membeli 3,000 menara di Filipina.

Setakat tengah hari, saham TM didagangkan naik 2.90% pada RM4.97 dengan nilai modal pasaran berada pada RM17.76 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat