TNB Terbitkan Sukuk Bernilai RM3 Bilion

298

TNB bertambah ‘Nur’ lah lepas ini.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menerbitkan Islamik bon atau susuk bernilai RM3 bilion untuk 4 bahagian dibawah Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pada Khamis, 25 November.

Menurut Bon and Sukuk Information Echange (BIX), 4 bahagian IMTN TNB tersebut mempunyai tempoh selama 7 tahun hingga 20 tahun dengan kadar keuntungan dibayar tahunan antara 3.92% dan 4.67%.

4 bahagian IMTN yang dicadangkan terdiri daripada:

  • IMTN bernilai RM300 juta untuk tempoh 7 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 3.92% yang akan matang menjelang 24 November 2028
  • IMTN bernilai RM300 juta untuk tempoh 10 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.08% yang akan matang menjelang 25 November 2028
  • IMTN bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh 15 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.47% yang akan matang menjelang 25 November 2036
  • IMTN bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh 20 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.67% yang akan matang menjelang 25 November 2041

Tambah BIX lagi, kesemua 4 skim yang diterbitkan TNB tersebut telah diberi penarafan AAA daripada RAM Rating.

Setakat tengah hari, saham TNB didagangkan RM9.41 dengan nilai pemasaran RM53.83 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat