Bill Gates telah meramalkan terdapat sebanyak setengah dos vaksin Covid-19 akan diberikan kelulusan dan siap untuk diedarkan pada musim bunga 2021, sebagai kemajuan perubatan untuk memerangi peningkatan kes jangkitan Coronavirus. Menurutnya lagi, kira-kira 6 vaksin akan memperoleh kelulusan pada suku pertama.
Sebagai tambahan kepada vaksin Pfizer dan BioNTech yang telah diluluskan secara selektif, Gates mendedahkan bahawa calon dari Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Novavax juga berkemungkinan akan diberikan kelulusan dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Walau bagaimanapun beliau tidak mendedahkan sumber vaksin keenam.
Umum mengetahui bahawa pada minggu lalu, UK menjadi negara pertama yang memberikan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer-BioNTech, dengan pelancarannya dijadualkan bermula pada hari ini. Manakala Pentadbiran Makanan dan Dadah AS didakwa akan mengumumkan keputusan mereka pada hari Khamis.
Di samping itu, Gates yang memiliki sebuah organisasi yang dikenali sebagai Yayasan Bill & Melinda Gates, telah lama menjangkakan perkembangan kesihatan global termasuk vaksinasi. Bahkan jutawan terkemuka dunia itu turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak yang terbabit dengan pembangunan vaksin kerana berjaya bertindak dengan pantas.
Tambahan daripada itu, Gates juga mendedahkan tentang tanggungjawab beliau dan organisasinya untuk memastikan vaksin diedarkan secara adil ke semua negara, terutamanya negara tidak berkemampuan.
Selain itu, organisasi tersebut dikhabarkan telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Serum India, pengeluar vaksin terbesar di dunia, untuk memulakan pembuatan dan pengedaran calon vaksin AstraZeneca Covid-19 secara meluas. Begitu juga dengan vaksin Novavax, sementara pengeluar berasingan akan mengendalikan calon vaksin Johnson & Johnson, setelah ianya diluluskan.
Sementara itu, ketiga-tiga calon vaksin dikatakan bergantung kepada teknologi vaksin tradisional, ianya dapat dibangunkan dan disimpan dengan kos yang lebih rendah dan dengan risiko yang lebih rendah berbanding vaksin Pfizer dan Moderna. Bahkan ianya pilihan yang lebih sesuai untuk diedarkan di antara negara-negara yang kurang berkemampuan.
Seterusnya, Bill Gates meramalkan bahawa wabak pandemik Covid-19 akan berakhir pada tahun 2022 jika kebanyakan vaksin berjaya diedarkan mulai tahun hadapan.