Trader Emas Dah Sedia Nak ‘Berperang’ Masa FOMC?

1,239

Emas sedikit berundur dari paras ketinggian dua minggu pada sesi Asia di tengah-tengah pergerakan pasaran yang perlahan menuju mesyuarat FOMC.

Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan pada $1,930 per auns, susut sedikit dari paras tertinggi mingguan $1,937 per auns yang dicapai pada sesi terdahulu.

Pergerakan dalam dagangan emas kekal terbatas berikutan kewaspadaan pelabur menantikan keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis.

Walaupun Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah, namun kenyataan susulan daripada Pengerusi Jerome Powell tentang panduan dasar seterusnya berpotensi mencetuskan pergerakan drastik dalam pasaran.

Pada masa yang sama, ‘dot plot’ yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah juga akan diperhatikan oleh pelabur.

Menurut Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP) terkini, anggaran median Fed menunjukkan bahawa kadar faedah boleh mencapai puncak 5.6%.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat