Trader GBP Perlu Berwaspada Dengan Amaran Menteri Kesihatan UK

431

Menteri Kesihatan UK, Sajid Javid memberi amaran bahawa angka kes Covid-19 di negara itu boleh mencecah 100,000 pada musim sejuk yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa kerajaan tidak ada rancangan untuk mengetatkan sekatan di England, tetapi mereka akan tetap berwaspada dan mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.

Ketua-ketua kesihatan UK sebelum ini telah menggesa kerajaan Britain untuk memperkenalkan ‘Pelan B’ sebagai langkah untuk menghalang krisis Covid-19 lebih buruk pada musim sejuk.

Pada hari Rabu, sebanyak 49,139 kes lagi telah dilaporkan di negara itu, yang turut menandakan kenaikan lapan hari berturut-turut kes jangkitan melebihi angka 40,000.

Dalam pada itu, Sajid Javid juga memberitahu bahawa pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti versi baru varian coronavirus Delta yang ketika ini sedang mereka di negara itu, tetapi ia berkemungkinan tidak akan menimbulkan ancaman besar buat UK.

Setakat ini, sebanyak empat juta orang di UK telah menerima vaksin penggalak (booster) Covid-19.

Beliau juga memaklumkan UK telah membeli 730,000 dos dua ubat antivirus yang dapat membantu merawat Covid-19 tetapi mereka masih memerlukan kelulusan daripada pengawal selia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat