Tragedi di Manchester : Kemana Hala Tuju Matawang Utama Pagi Ini?

107

Matawang Euro berlegar berhampiran paras tertinggi dalam tempoh enam bulan berbanding US Dollar pada Selasa selepas Canselor Jerman, Angela Merkel berkata bahawa matawang tersebut didagang terlalu lemah.

Sementara itu, Pound pula didagang melemah berbanding Yen selepas kejadian letupan di sebuah konsert di bandar Manchester yang mengorbankan kira-kira 19 orang.

Sterling melemah berbanding matawang yen, namun masih dalam dagangan stabil berbanding matawang utama yang lain.

Pound juga tidak banyak berubah berbanding US Dollar. Pada Isnin, matawang tersebut telah kehilangan kira-kira 0.3 peratus selepas Theresa May hanya mengungguli undian tipis berbanding pencabar terdekatnya di dalam pilihanraya yang bakal diadakan bulan depan.

Pihak polis juga dalam masa yang sama mengatakan bahawa mereka sednag melakukan siasatan terhadap insiden letupan di konsert Ariana Grande yang telah mengorbankan kira-kira 19 orang dan 50 yang lain cedera di dalam serangan tersebut.

Di tempat lain, dagangan Aussie menjunam sebanyak 0.2 peratus manakala Dollar New Zealand melonjak sebanyak 0.1 peratus.

 

Trade Forex untuk Hidup dengan Akaun Yang Kecil. 5 Tips yang Perlu Anda Baca

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat