Trend Kenaikan Harga EUR/USD Berakhir?

560

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD memberi isyarat awal corak kenaikan harga sejak awal minggu telah berakhir.

Matawang Euro masih kekal didagangkan berisiko berikutan peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Eropah yang akan terus menjejaskan pemulihan ekonomi.

Walau bagaimanapun, penurunan harga dilihat dipacu oleh pengukuhan semula US dolar selepas pamerkan penyusutan US dolar sejak awal minggu.

Pasaran masih menantikan keputusan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sementara debat Presiden antara Donald Trump dan Joe Biden menjadi tumpuan pada hari ini.

Secara teknikal, harga pada carta EUR/USD yang telah bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend bearish di sesi Eropah semalam.

Penurunan harga diteruskan pada sesi Asia pagi ini kembali semula ke zon RBS (resistance become support) di paras 1.18000.

Data-data ekonomi Eropah akan menjadi tumpuan yang bakal pengaruhi pergerakan matawang Euro di penghujung minggu.

Jika harga bergerak lebih rendah di bawah zon RBS 1.18000, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan menuju paras 1.17200 dan zon support 1.16900 yang akan melenyapkan keuntungan yang diraih sepanjang minggu.

Namun jika harga kembali melonjak semula, zon resistance dengan paras ketinggian 1.19000 akan kembali menjadi sasaran harga seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat