Trend Positif Bursa Diteruskan Pada Hari Kedua Minggu Terakhir 2021

95

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencapai 5.04 mata pada 1,538.95 daripada penutupan Isnin pada 1,533.91.

Indeks dibuka 2.07 mata pada 1,535.98.

Ia dibuka tinggi memanjangkan rali hari Isnin dan dijangkan berterusan selain mengambil isyarat positif dari prestasi positif pasaran Wall Street semalaman.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 190 berbanding 91, manakala 191 kaunter pula tidak berubah, 1,838 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 108.64 juta unit bernilai RM51.91 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan prestasi KLCI didokong oleh saham wajaran tinggi yang sedang melalui tempoh pembelian selamat dengan saham wajaran tinggi dijangka mengekalkan trend tersebut buat beberapa ketika.

Selain itu, sektor minyak dan gas didagangkan aktif ekoran harga kukuh minyak Brent dan pelabur dijangkakan memberi perhatian kepada saham bertemakan pemulihan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 1 sen pada RM8.29 sementara Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM4.15, RM8.85 dan RM5.39.

Saham aktif memperlihatkan Kejuruteraan Asastera Bhd dan Techna-X Bhd masing-masing memacu 0.5 sen pada 26.5 sen dan 8.5 sen, Pestech International Bhd menaik 3.5 sen pada 83 sen dan Opcom Holdings Bhd bertambah 1.5 sen pada 96.5 sen pada Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kekal pada 76 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 34.99 mata pada 11,136.90, indeks FBMT 100 tambah 35.30 mata pada 10,844.51 dan indeks FBM Emas Shariah canak 52.18 mata pada 11,993.85.

FBM 70 naik 45.13 mata pada 14,121.31 dan FBM ACE tambah 29.41 mata pada 6,307.34.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.57 mata pada 199.88, indeks Perladangan memacu 1.35 mata pada 6,548.53 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menaik 7.80 mata pada 15,522.86.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat