Trump Isytihar Darurat Kebangsaan – Huawei Disenarai Hitamkan!

1,628

Pada hari ini, susulan selepas ancaman perang dagang terhadap China, Trump mengeluarkan lagi sebuah kenyataan yang mengejutkan. Presiden Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksektuif bagi mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung teknologi telekomunikasi dan perkhidmatan berikutan ia memberi ancaman terhadap teknologi Amerika Syarikat.

Perintah tersebut telah diberikan kepada Menteri Perdagangan, Wilbur Ross agar menghalang transaksi dalam bidang teknologi informasi atau komunikasi yang “menimbulkan risiko keselamatan negara Amerika Syarikat.

Susulan daripada keputusan yang diambil, Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat telah memasukkan Huawei dan entitinya untuk disenarai hitamkan kerana terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara Amerika Syarikat.

Hal ini akan memberi kesan kepada syarikat Huawei kerana pengeluar barangan telekomunikasi terbesar dunia tersebut akan mengalami kesulitan untuk memasarkan barangannya di Amerika Syarikat selepas ini.

Walaubagaimanapun, Huawei telah memberi kenyataan balas bahawa keputusan Amerika Syarikat tersebut tidak akan menjadikan negara itu lebih selamat atau kuat, sebaliknya ia akan memudaratkan “kepentingan syarikat AS dan pengguna,”.

Kerana hal ini menunjukkan Amerika Syarikat telah membataskan negara mereka kepada sumber alternatif yang lebih murah dan malah akan menyebabkan negara tersebut ketinggalan dalam pengembangan 5G dan akhirnya merugikan pengguna.

Susulan perkara ini dan beberapa perkara lain, kebanyakkan saham-saham Asia tenggara ditutup lemah pada hari Khamis. Selain itu saham-saham teknologi juga mencatat kejatuhan seperti Tatfook Technology, New Sea Union Telecom, dan Chunxing Precision Mechanical.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat