Trump Kembali Berurusan Dengan Huawei- Ini Yang Terjadi Dalam Pasaran Saham!

566

Pasaran saham US terutamanya saham-saham teknologi melonjak naik pada hari selepas Presiden Donald Trump mengatakan bahawa beliau akan membenarkan syarikat-syarikat AS menjalinkan hubungan perniagaan dengan syarikat Huawei.

Trump juga mengatakan bahawa syarikat terbesar dalam pengeluaran peranti dan alatan 5G, Huawei akan dibenarkan kembali untuk membeli produk daripada syarikat AS. Menurut Larry Kudlow, penasihat Rumah Putih mengatakan bahawa sekatan masih ada cuma ia telah dilonggarkan dan Huawei masih lagi dalam senarai entiti yang disenaraihitam.

Sebagaimana menurut Trump, syarikat US boleh menjual peralatan, asalkan ia tidak terkait dengan sekuriti national.

Syarikat-syarikat US juga sudah memulakan kembali hubungan perniagaan dengan Huawei. Micron Technologies telah meneruskan kembali penghantaran chip ke Huawei. Micron Technologies mencatatkan peningkatan 6.2% dalam pra-pasaran. Qualcomm yang merupakan syarikat pesaing juga mencatat peningkatan dengan 5.7%, manakala Nvidia naik 4.9%.

Apple Inc. yang sebelum ini sangat terkesan dengan perang dagang, kini mencatat peningkatan 2.7%. Menurut penganalisis, dengan pengurangan tarif pembuatan iPhone di China akan membolehkan Apple menjana 20% kenaikan dalam hasil.

Walaubagaimapun, keputusan Trump tersebut tidak dipersetujui oleh semua pihak dan mendapat kritikan. Adakah keputusan untuk berdamai ini akan berkekalan atau sementara waktu, masih lagi menjadi tanda tanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat