Trump Semakin Kesuntukan Masa : Barclays

31

Menurut Barclays, Trump dijangka akan memberikan butiran lanjut terhadap dasar-dasar beliau termasuklah pembaharuan polisi cukai. Namun begitu, bank berkenaan berpendapat bahawa kenyataan Trump kali ini tidak akan mendatangkan banyak kesan terhadap ekonomi tahun ini.

Jelas mereka lagi, walaupun pasaran sebelum ini telah mendapat petunjuk mengenai perubahan cukai korporat, draf utama bajet fiskal bagi tahun 2017 masih belum diperincikan oleh Trump.

Justeru, Barclays berpendapat bahawa ucapan Trump terhadap Kongres merupakan masa yang terbaik untuk Presiden itu tampil dengan butiran yang lebih terperinci terhadap dasar yang telah direncanakan beliau sejak kempen lagi.

Namun begitu, pakar-pakar ekonomi memberi amaran agar Trump tidak lagi memberi tekanan terhadap dasar imigresen termasuk pembaharuan Affordable Care Act (ACA), sedangkan dasar fiskal terutamanya cukai, dasar perdagangan dan pelaburan awam memerlukan perincian yang lebih jelas.

Mereka juga mengatakan bahawa masa sudah semakin suntuk untuk Trump memperincikan rancangan beliau kerana ia akan memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan inflasi pada tahun 2017.

Robert Kaplan Sekali Lagi Mengganggu Ketenangan Pasaran dengan Kenyataan Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat