Trump Sudah Menyerah Kalah?

924

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya membenarkan peralihan secara rasmi untuk pentadbiran Joe Biden mengambil alih White House.

Lapor BBC, Trump mengatakan beliau telah mengesyorkan Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA) untuk melakukan apa yang perlu dilakukan meskipun berjanji akan terus menentang keputusan undian pilihan raya.

GSA turut mengakui Biden sebagai pemenang. Pentadbir GSA, Emily Murphy memaklumkan dana sebanyak AS$6.3 juta telah disediakan untuk pentadbiran Biden.

Menurut Murphy, beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada White House berhubung keputusan agensi itu terhadap Biden.

“Secara jujurnya, saya tidak menerima sebarang arahan untuk menunda keputusan itu.

“Saya bagaimanapun menerima ancaman melalui atas talian, telefon dan surat yang ditujukan untuk mengancam keselamatan saya, keluarga saya, kakitangan saya dan malahan binatang peliharaan saya dalam usaha untuk memaksa saya membuat keputusan yang tidak wajar. Meskipun berdepan ribuan ancaman, saya kekal komited untuk menegakkan undang-undang,” kata Murphy melalui sepucuk surat kepada Biden.

Pasukan Biden dalam pada itu mengalu-alukan surat berkenaan.

“Keputusan hari ini adalah langkah yang diperlukan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh negara kita, termasuklah mengawal penularan pandemik Covid-19 dan memastikan ekonomi kita kembali pada landasannya.

“Keputusan akhir ini adalah tindakan pentadbiran untuk memulakan proses peralihan secara rasmi dengan agensi-agensi persekutuan,” ujar jurucakap pasukan Biden.

Kemenangan Biden dijangka diluluskan oleh dewan pemilihan atau electoral college pada 14 Disember.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat