Trump Tetap Ambil Ubat Anti Malaria Walaupun Belum Dibuktikan Berkesan!

282

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mendedahkan bahawa beliau telah mengambil ubat anti malaria yang dikenali sebagai hidroksichloroquine selama lebih seminggu bagi mengelakkan jangkitan wabak coronavirus meskipun ubat berkenaan belum dibuktikan berkesan.

Menurut presiden negara kuasa besar itu, ubat berkenaan memberikan hasil yang positif. Bahkan turut diambil oleh para pekerja barisan hadapan. Tambahan daripada itu, Trump juga mendedahkan bahawa beliau mengamalkan pengambilan zink dan telah mendapatkan dos awal azithromycin, atau Z-Pak.

Sebelum ini, Trump telah berulang-kali mendakwa bahawa hidroksichloroquine berpotensi untuk memerangi coronavirus, ianya juga sering digunakan untuk merawat penyakit rheumatoid arthritis dan lupus. Di samping itu, banyak ujian klinikal telah dijalankan bagi menguji keberkesanannya dalam menangani COVID-19, namun ianya masih tidak dapat dibuktikan.

Pada minggu lalu, sebuah kajian telah mendedahkan bahawa ubat berkenaan tidak mampu merawat COVID-19 bahkan boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Walau bagaimanapun, Trump tetap berdegil malah menyatakan bahawa beliau menyukai ubat tersebut. Bukan itu sahaja! Beliau turut menggalakkan rakyatnya mengambil ubat berkenaan kerana tidak mahu mereka jatuh sakit.

Di samping itu, presiden Amerika Syarikat itu juga enggan memakai topeng muka meskipun telah dinasihatkan oleh pakar perubatan dalam usaha untuk membendung penularan wabak berjangkit itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat