Tuah ABBC Coin, AAVE & Fantom (FTM)!

611

Ketika Ethereum (ETH) berjaya melepasi kedudukan PayPal dengan nilai pasaran semasa pada ketinggian $316 bilion, Bitcoin pula menyaksikan penyusutan nilai pasaran sebanyak lebih 2% kepada $997 bilion, menjadikan dominasi raja kripto ini di bawah 50%.

Namun apa yang mencuri perhatian ialah token ABBC, AAVE dan Fantom (FTM) sebaliknya menunjukkan prestasi yang positif.

ABBC Coin (ABBC)

ABBC Coin, kripto yang mengetengahkan sekuriti pembayaran masa hadapan kepada pengguna merupakan nama yang agak baru bagi komuniti Intraday.

Menerusi akaun rasmi Twitter pada 22 April, Buyaladdin – aplikasi yang menyerupai Shopee, menempatkan beberapa runcitan seperti Lazada, Amazon dan Lelong.my telah mengumumkan program yang mana pemenang berpeluang membeli barangan bernilai $100 dengan satu unit ABBC.

Token ini telah menyaksikan lonjakan bermula 21 April dari paras harga $0.12 kepada paras tertinggi terbaru, $0.42 petang semalam waktu Malaysia, menjadikan token ini meningkat 250% dalam 9 hari.

Bagaimanapun, matawang itu masih lagi belum tersenarai dalam kebanyakan pertukaran kripto dan CEO ABBC Foundation, Jason Daniel Paul Philip memberi jaminan akan menyegerakan penyenaraian ABBC di platform dikenali ramai.

Fantom (FTM)

Lonjakan FTM rupanya didorong oleh beberapa faktor menarik:

  1. Firma pengurusan aset digital, HyperChain Capital membuat pelaburan terhadap Fantom, membeli sejumlah besar token FTM bernilai $15 juta. Sebagai rekod, HyperChain pernah melabur sebanyak $2.5 juta ke dalam ekosistem itu pada 2018.
  2. HyperChain juga melindungi rangkaian menerusi subsidiarinya, Hyperblocks yang mengoperasikan nodes pengesah di Fantom.
  3. Penambahbaikan rangkaian dikenali Go-Opera dianggap satu bonus kepada Fantom kerana ia akan meningkatkan prestasi rangkaian dan kemampanan, termasuk pengurangan kadar masa yang diambil.
  4. Fantom bekerjasama dengan SuperFarm, Clover dan Orion Protocol bagi mengukuhkan lagi penawaran dalam kewangan desentralisasi (decentralized finance, DeFi) dan sektor non-fungible token(NFT).
  5. Afghanistan Railway Authority memilih Fantom bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan termasuk melaksanakan perisian Planning Resource Enterprise blockchain

Harga FTM menunjukkan lonjakan 121% dalam 7 hari dari paras terendah intraday, $0.33 pada 23 April kepada paras tertinggi intraday, $0.73. Ini kali kedua Fantom mencatatkan nilai tertinggi selepas paras tertinggi sepanjang masa (ATH) dua bulan lalu iaitu $0.87.

Aave (AAVE)

AAVE dilaporkan telah melancarkan program perlombongan liquidity pada 27 April yang berpotensi menarik lebih ramai pelabur dan meningkatkan aktiviti pinjaman. Program tersebut dijangka berlangsung sehingga Julai.

Bagaimanapun, perlombongan liquidity hanya diperkenalkan di Aave V2, yang mana akan mendorong pelabur untuk beralih dari protokol V1.

Pada masa yang sama, ada ura-ura mengatakan Aave bercadang untuk membangunkan protokol media sosial di DeFi.

Susulan daripada itu, harga token tersebut melonjak ke paras tertinggi intraday $486.71 pada 28 April daripada $314.75 pada 25 April, membawa peningkatan sebanyak 54% dalam empat hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat