Tumpuan Pelabur Terarah Kepada Mesyuarat Penetapan Kadar Faedah Oleh BOC dan BOJ

812

Dua bank pusat utama akan mengumumkan keputusan penetapan kadar faedah dalam mesyuarat dasar monetari iaitu Bank of Canada (BOC) pada jam 10 malam ini (Rabu) dan juga Bank of Japan (BOJ) pada sesi Asia esok (Khamis).

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada awal minggu menunjukkan penurunan berikutan pengukuhan Loonie atas faktor lonjakan harga minyak mentah dalam pasaran akibat terkesan oleh isu sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport minyak mentah Iran.

Namun, dolar Kanada kembali mengalami penurunan dan melihatkan USD/CAD melonjak pada dagangan semalam menjelang pengumuman penetapan kadar oleh bank pusat Kanada pada mesyuarat dasar pada malam ini.

Kadar faedah dijangka akan kekal di paras 1.75%.

Pelabur berkemungkinan merasakan kebimbangan dengan jangkaan penurunan kadar oleh BOC. Pada Mac, Loonie mengalami kejatuhan ke paras terendah dua bulan dagangan selepas kebimbangan pada perbelanjaan pengguna, sektor perumahan dan juga kadar inflasi. Namun, kebimbangan tersebut sedikit dipulihkan dengan peningkatan pada kadar jualan runcit dan indeks harga pengguna selepas beberapa minggu dagangan.

Namun, faktor tersebut masih belum cukup untuk menepis jangkaan dovish daripada keputusan bank pusat. Kenyataan susulan daripada Gabenor Carney akan menjadi tumpuan utama pelabur untuk mendapatkan sebarang petunjuk untuk tindakan kenaikan kadar yang seterusnya.

Manakala, sesi pasaran Asia pada esok hari akan tertumpu pada keputusan mesyuarat polisi oleh BOJ. Menurut laporan terbaru, pertumbuhan pada perbelanjaan pengguna di Jepun adalah perlahan, lebihan dagangan menguncup, kadar keyakinan turut menurun serta pengeluaran industri dan perkhidmatan adalah lemah. Kadar inflasi juga kekal di paras rendah.

Jangkaan kadar faedah kali ini masih lagi kekal rendah di paras -0.10%.

Untuk suku tahun pertama 2019, perkembangan ekonomi di Jepun dilihat agak terhad. Namun, faktor-faktor tersebut tidak akan mendesak bank pusat untuk mengubah dasar monetari sedia ada namun mereka boleh menurunkan penilaian untuk ekonomi.

Jepun dan Amerika Syarikat masih berusaha untuk mencapai persetujuan dagangan dengan segera namun masih banyak isu yang perlu diperincikan dan Presiden Donald Trump juga meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap lebihan dagangan Jepun yang besar. Ini turut menambahkan risiko terhadap dagangan Yen, namun berkemungkinan tidak terlalu diberikan reaksi oleh BOJ.

Berwaspada terhadap dagangan CAD dan Yen dalam masa terdekat ini dan kawal risiko dagangan anda sebaiknya. Pantau juga kenyataan susulan oleh bank pusat bagi mendapatkan petunjuk yang seterusnya untuk setiap sentimen matawang terlibat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat