Twitter Pula ‘Curah Minyak’ Dalam Api Kemarahan Australia!

298

Twitter hari ini menolak permintaan Australia untuk memadamkan tweet salah seorang pegawai Beijing yang membabitkan tentera Australia. Jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian telah mencetuskan kemarahan di Canberra semalam akibat mendedahkan gambar seorang lelaki berpakaian seperti tentera Australia yang memegang pisau di leher seorang kanak-kanak Afghanistan.

Selain itu, posting berkenaan didakwa muncul beberapa hari selepas pendakwa raya Australia melancarkan siasatan terhadap 19 anggota tentera negara itu atas tuduhan jenayah perang yang dilakukan di Afghanistan antara tahun 2005 dan 2016.

Menurut Twitter, mereka telah menandakan tweet itu sebagai salah satu isu sensitif tetapi komen mengenai isu-isu politik topikal atau foreign policy sabre-rattling oleh akaun rasmi pemerintah pada umumnya tidak melanggar peraturan.

Namun begitu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan tweet berkenaan sebagai satu perkara yang menjijikkan serta menggesa agar Twitter memadamkannya dan China perlu meminta maaf.

Tambahnya lagi, Beijing sepatutnya memiliki rasa malu dan tidak sewenang-wenangnya melakukan penghinaan terhadap angkatan bersenjata Australia. Sementara itu, Twitter dilarang untuk kebanyakan warganegara di China dan Beijing selama beberapa dekad kerana didakwa melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang meluas.

Berikutan dengan itu, beberapa sekutu Australia turut menyatakan kebimbangan terhadap tweet itu, termasuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan, beliau mendakwa bahawa gambar yang digunakan adalah tidak benar bahkan bukan gambar asli.

Di samping itu, kementerian luar negeri Perancis mengatakan bahawa perbuatan China itu tidak selari dengan standard diplomatik yang diharapkan.

Bahkan gambar tersebut juga dikhabarkan menghina semua negara yang angkatan tentera mereka terlibat di Afghanistan selama tempoh 20 tahun.

Justeru itu, Kabul telah mengemukakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Canberra untuk menyiasat dakwaan salah laku tentera Australia, serta kedua-dua negara Australia dan China perlu memainkan peranana dalam mempertahankan kesedaran antarabangsa mengenai perdamaian dan pembangunan di Afghanistan.

Walau bagaimanapun, kedutaan China di Canberra mendakwa bahawa Australia terlalu berlebihan dalam memberikan reaksi terhadap tweet berkenaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat