UK Dalam Usaha Mencari Rakan Perdagangan Bebas yang Baru

34

May membuat lawatan pertama ke India sebagai Perdana Menteri untuk membincangkan potensi bagi mempermudahkan urusan perdagangan India-Britain. May menggambarkan hubungan Britain-India adalah “tiada-had” dan mengumumkan skim bagi memudahkan dan mempercepatkan proses perdagangan antara dua negara dengan pengawalan pasport.

May memberitahu wartawan bahawa beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Modi tentang perdagangan dua hala secara lebih lanjut  untuk mengembangkan perdagangan, industri, pengimport dan pengeksport.

Tambahnya lagi, Britain tidak perlu menunggu keluar dari Kesatuan Eropah untuk memeterai perjanjian perdagangan ini. May yang ingin Britain menjadi pelopor kepada perdagangan bebas dunia merancang untuk mengurangkan halangan perdagangan antara kedua-dua negara.

Usaha May ini mampu meningkatkan perdagangan antara keuda-dua negara yang membawa kesan positif kepada perniagaan dan industri eksport mereka. Langkah yang diambil May ini wajar kerana berhadapan risiko perdagangan jika UK keluar dari Kesatuan Eropah dua tahun lagi.

UK adalah sebuah ekonomi pengimport yang mempunyai imbangan perdagangan (trade balance) yang defisit sejak sekian lama. Oleh itu langkah awal yang diambil oleh May mampu mengurangkan risiko peningkatan imbangan defisit yang semakin meningkat dengan memudahkan akses pasaran kepada rakan dagang di luar Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri, Nendra Modi pula berkata, adalah sangat penting untuk bekerja bersama Britain bagi mengembangkan ekonomi pada abad ke-21 ini dan mempelawa UK untuk sama-sama dalam inisiatif polisi untuk membangunkan “100 bandar pintar.” Beliau juga berharap pergerakan bagi pelajar-pelajar dari India ke UK akan menjadi lebih mudah dalam peluang pendidikan dan kajian di UK.

May pula mengatakan adalah penting bagi memudahkan pergerakan peniaga dari India ke UK, tetapi tidak perlu mengubah polisi visa buat masa ini. UK mempunyai sistem visa yang terbaik bagi memastikan kemudahan negara luar dari Kesatuan Eropah untuk datang ke UK.

Britain juga dilaporkan akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada perjalanan pelawat dari India termasuk kemasukan yang pantas di pintu masuk UK. Pun begitu ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses kemasukan dan bukannya meningkatkan jumlah kemasukan ke UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat