UK Ingin Melaksanakan Perintah Berkurung Untuk Kali Ke -2? Rishi Sunak Tampil Beri Penjelasan!

299

Menteri kewangan Britain, Rishi Sunak pada hari Rabu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau percaya jika perintah berkurung di laksanakan seluruh UK untuk kali kedua sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak Covid-19 maka UK akan menanggung kos ekonomi dan sosial yang sangat besar.

Kata Sunak, “UK tidak boleh membiarkan pandemik Covid-19 menular dan dalam masa yang sama pentadbiran UK mesti mengelak dari menyebabkan NHS menjadi tidak terkendali. Walaubagaimanapun, harus difahami bahawa realiti kesan ekonomi dan sosial dari perintah berkurung satu negara akan memberi impak yang besar.

UK akan berhadapan pengangguran yang lebih besar, perniagaan akan ditutup dan sektor pendidikan akan terkesan.

Baru-baru ini Boris Johnson telah memperkenalkan sistem three-tiered yang mengklasifikasikan kawasan di England mengikut kadar jangkitan, untuk cuba melonggarkan rangkaian larangan tempatan yang kompleks.Tindakan tersebut termasuk menutup bar, restoran, kafe, gim dan perkhidmatan peribadi seperti pendandan rambut, dan menukar semua tuisyen universiti dan kolej secara dalam talian.

UK juga berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19 yang membimbangkan dimana pada awal minggu ini sahaja 14,000 kes jangkitan baru dilaporkan di seluruh Britain dalam masa sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat