UK Tanpa Dijangka Catat Penurunan Dalam Kadar Pengangguran Pada Mac

250

Pembukaan sesi Eropah dihiasi dengan penerbitan data oleh Pejabat Perangkaan UK (ONS) yang menunjukkan pekerjaan di UK telah mencapai tahap tertinggi dengan kenaikan 76.6% sebelum bermulanya krisis pandemik.

Kadar pengangguran UK dicatatkan menurun kepada 3.9% dalam tiga bulan hingga Mac dari kenaikan bulan lalu iaitu pada 4.0%, jauh lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat kepada 4.4%.

Menurut data yang diterbitkan ONS, jumlah pengangguran direkodkan meningkat 50,000 kepada 1.35 juta, sementara jumlah pekerja yang bekerja pula bertambah sebanyak 211,000 orang ke paras tertinggi 33.14 juta.

Bagaimanapun, data yang diambil hanya merangkumi minggu pertama perlaksanaan perintah berkurung, yang bermula 23 Mac, dan jumlahnya mungkin akan bertambah dengan mendadak dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, jumlah tuntutan faedah pengangguran melonjak ke tahap tertinggi sejak 1996 pada bulan April, di mana aktiviti ekonomi terpaksa ditutup sepenuhnya bagi menyokong usaha membendung penularan COVID-19.

Jumlah warga UK yang membuat tuntutan faedah pengangguran meningkat sebanyak 856,500 pada April, daripada 12,100 yang disemak semula pada bulan lalu, dan melebihi jangkaan untuk kenaikan sebanyak 676,500.

Bacaan ini tidak termasuk pekerja yang diberikan cuti sementara oleh majikan, di mana 80% daripada gaji mereka dibayar oleh kerajaan UK.

Selain itu, indeks purata pendapatan UK dalam tiga bulan hingga Mac, tidak termasuk bonus, menyusut kepada 2.7% daripada 2.9% yang dicatatkan pada bulan sebelumnnya, melebihi unjuran untuk meningkat 2.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat