UK Tidak Mahu ‘Berperang’ Dengan AS

367

Britain telah mendesak Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak melancarkan perang tarif sebagai balasan kepada pengenaan cukai perkhidmatan digital UK.

Setiausaha Perdagangan UK, Lizz Truss memberitahu bahawa pentadbiran Biden harus berhenti dari ancamannya untuk mengenakan tarif bernilai $325 juta ke atas barangan eksport dari Britain.

Sebaliknya, Truss mencadangkan AS supaya terlibat dalam usaha antarabangsa untuk bersetuju dengan kaedah ‘adil’ untuk mengenakan cukai ke atas syarikat teknologi multinasional.

“Kami tidak percaya bahawa tarif adalah jawapan untuk menyelesaikan masalah”, kata Truss.

Terdahulu, Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai mengumumkan bahawa pejabatnya bersedia untuk mengenakan tarif ke atas enam negara sebagai balasan kepada pengenaan cukai digital

Britain, yang kini memegang jawatan sebagai presiden G7 (pertubuhan ekonomi antara kerajaan antarabangsa yang terdiri daripada 7 negara maju), berharap agar pentadbiran Biden akan menyetujui sistem percukaian digital global yang baru, satu proses yang dipimpin oleh Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Namun, disebabkan kemajuan yang perlahan dengan OECD, Britain memperkenalkan cukai perkhidmatan digital sendiri yang terhad pada April 2020. Ia dijangka akan mengumpul sekitar £ 400 juta setahun menjelang tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat