Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya di paras 0.50% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.
Menurut kenyataan, data terkini petunjuk ekonomi Kanada menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih pantas dari jangkaan dalam laporan polisi monetari Januari.
Perbelanjaan dalam sektor minyak dan gas telah mengukuh yang melonjakkan permintaan.
Namun, tahap perniagaan secara keseluruhan masih jauh di bawah dari apa yang dijangkakan. Walaubagaimanapun, lonjakan pertumbuhan ekonomi (GDP) adalah memberangsangkan, tetapi masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan ekonomi bergerak dalam pertumbuhan yang kukuh.
Menurut Bank Pusat, pertumbuhan ekonomi dijangka dalam kadar sederhana tetapi masih lagi lebih dari potensi pertumbuhan 2018 dan 2019 dengan sumbangan dari komponen pelaburan dan eksport.
Bank pusat juga telah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan ketika ini menjangka ‘output gap‘ akan semakin berkurangan atau semakin rapat pada separuh pertama tahun 2018 sedikit awal dari jangkaan sebelum ini.
Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Harga pengguna (CPI) kini di paras sasaran 2% yang banyak disokong oelh kesan kenaikan harga minyak mentah global dan juga beberapa faktor yang dianggap sementara. Walaubagaimanapun, data inflasi teras masih bergerak ke bawah dan juga peningkatan gaji masih perlahan.
Dolar Kanada penguat sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Cad menjunam 55 pip berikutan kenyataan bahawa ‘output gap‘ dijangka semakin berkurangan lebih awal dari jangkaan yang menunjukkan pendirian yang kurang ‘dovish‘ dalam beberapa bulan akan datang.