Ulasan Terkini Bagi Matawang EUR, GBP, USD dan JPY dalam Sesi Eropah

119

US Dollar dinilai hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat apabila kebanyakan pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada pusingan pertama pilihanraya Perancis susulan daripada serangan pengganas yang mengorbankan seorang anggota polis di Paris.

EUR/USD didagang stabil pada 1.0714, berlegar berhampiran puncak tertinggi dalam sesi sebelum ini.

Pasaran akan menyaksikan pusingan pertama pilihanraya pada Ahad ini yang akan menyaksikan saingan sengit di antara calon Emmanuel Macron dan Marine Le Pen.

Sementara itu, matawang Amerika kembali pulih daripada kejatuhan sesi sebelum ini apabila Steven Mnuchin memaklumkan bahawa pentadbirannya akan mengumumkan pelan dasar percukaian Trump dalam masa terdekat.

US Dollar berada di dalam tekanan sebelum ini selepas media kerajaan Korea Utara memberi amaran pada awal minggu terhadap serangan super kuat yang bakal dilancarkan disamping mengeluarkan kenyataan “don’t mess with us” sekiranya AS berhasrat untuk melancarkan apa-apa serangan kepada negara terbabit.

Sentimen terhadap matawang US Dollar itu juga rapuh selepas data AS mengumumkan data yang agak mengecewakan daripada sektor pekerjaan dan aktiviti perkilangan di kawasan Philadelphia.

GBP/USD sedikit berubah kepada 1.280, namun masih berada dalam landasan tertinggi dalam tempoh enam bulan selepas Theresa May mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih cepat iaitu paa 8 Jun nanti,

Di tempat lain, USD/JPY kekal stabil pada 109.36.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar tidak banyak berubah apabila dinilai kepada 99.75 sebaik sahaja mencecah tahap terendah dalam tempoh tiga minggu pada Khamis.

Dagangan Emas Hambar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat