Dagangan Emas Hambar!

52

Peristiwa serangan pengganas di Paris yang berlaku malam tadi telah menyebabkan kelemahan dagangan emas pada Jumaat.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange menjunam sebanyak 0.14 peratus kepada $1,282 satu troy ounce. Dalam sesi ini juga, silver futures merosot sebanyak 0.10 peratus sementara copper menurun sebanyak 0.12 peratus.

Semalam, harga emas dinilai sedikit tinggi daripada breakeven yang dicatat pada Khamis berikutan peningkatan permintaan bagi logam kuning menjelang pilihanraya Presiden Perancis.

Emas juga memulih daripada kejatuhan terbesar ke wilayah terendah dalam tempoh enam minggu daripada sesi sebelumnya selepas data pekerjaan dan pembuatan dikeluarkan melemah daripada yang dijangka.

Jabatan Tenaga Kerja pada Khamis mengumumkan data tuntutan faedah pengangguran meningkat sebanyak 10,000 kepada pelarasan bermusim sebanyak 244,00 lebih tinggi daripada ramalan kenaikan kepada 242,000 pekerjaan.

Dalam laporan berasingan Fed Philadelphia berkata indeks perkilangan Philly meningkat kepada pelarasan bermusim 22.0 daripada 32.8 pada bulan sebelumnya.

Isu Matawang Hanya Layak dibincangkan Oleh Menteri Kewangan : Taro Aso

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat