Umum Kerjasama Baharu, NFT Bored Ape Yacht Club Akan Dicetak Pada Baju Adidas!

394

Adidas umum kolaborasi bersama Bored Ape Yacht Club, gmoney NFT, dan PUNKS Comic, merasmikan penyertaan jenama besar itu di dalam dunia metaverse.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman media sosial Twitter pada tengah malam tadi waktu Malaysia:

Untuk pengetahuan, Bored Ape Yacht Club memiliki lebih daripada 10,000 NFT yang dihasilkan di Ethereum (ETH).

Difahamkan satu unit non-fungible token (NFT) Bored Ape telah dihasilkan semula untuk penampilan pada pakaian sukan Adidas.

Manakala, gmoney merupakan salah seorang influencer NFT dan matawang kripto dikenali umum yang pernah tersenarai dalam Fortune NFTy 50.

PUNKS Comic pula merupakan sebuah komik yang hadir secara fizikal dan NFT (turut dikenali sebagai komik kripto).

Sebelum ini Adidas telah membuat pembelian tanah maya di The Sandbox. Bagaimanapun, sehingga sekarang kedua-dua pihak tidak mendedahkan sejauh mana harga tanah tersebut.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat