Undian “Pelan B” Brexit Bakal Menggegarkan Pasaran Awal Pagi Nanti

1,247

Satu lagi hari yang perlahan dalam pasaran Forex apabila matawang-matawang utama bergerak dalam julat yang kecil pada sesi Asia dan awal Eropah dengan AS Dolar kekal lemah berbanding Euro sekitar 1.14500.

Tumpuan utama pasaran pada hari ini tertumpu kepada undian dan perdebatan peringkat Parlimen berkenaan satu siri pindaan yang akan membuat kesepakatan untuk mencapai perjanjian Brexit yang terbaik. Kebelakangan ini, kenaikan Pound Sterling terjadi kerana keyakinan pasaran bahawa kondisi “no-deal Brexit” dapat dielakkan. Kegagalan dalam undian kali ini akan memaksa UK untuk membuat referendum yang ke-2 dimana keadaan ini boleh menyebabkan UK akan kekal dalam Kesatuan Eropah.

Terdahulu dalam sesi Asia, Aussie didagangkan merosot selepas berita keyakinan perniagaan yang dikeluarkan oleh National Australia Bank jatuh kepada 2 daripada 11. Hal ini jelas dipengaruhi oleh kemerosotan permintaan dari China dan peningkatan ketegangan dalam perang perdagangan global.

Walaupun Aussie menurun, matawang jiran Australia iaitu NZD ataupun Kiwi diniagakan tinggi dalam pasaran setelah data imbangan perdagangan berjaya mengalahkan defisit 955 juta pada bulan November dengan mencatat surplus sebesar 264 juta pada bulan Disember. Angka tersebut jauh lebih baik daripada ramalan sekaligus merupakan surplus pertama kali sejak 7 bulan sebelum ini.

Menjelang pembukaan sesi dagangan New York, para pelabur akan menerima laporan data ekonomi di Amerika Syarikat iaitu data keyakinan pengguna yang dijangka menurun daripada 128.1 kepada 125.0. Ramalan penurunan ini disebabkan oleh faktor penutupan kerajaan AS yang menimbulkan banyak kekacauan dalam pasaran mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat