Uniswap Menjadi DEX Pertama Catat Rekod Dagangan Lebih $100 Bilion!

460

Pengasas pertukaran tidak berpusat berprotokol, Hayden Adams menerusi kicauan di laman Twitter @haydenzadams mengumumkan purata jumlah dagangan telah mencatatkan rekod lebih $100 bilion.

Pengumuman tersebut dilakukan pada hari ini; “@Uniswap telah menjadi platform dagangan tidak berpusat (DEX) pertama yang memproses lebih $100 bilion – satu rekod bersejarah bagi DeFi”.

Pada bulan lalu, jumlah dagangan di Uniswap mencatat $20 bilion sebelum berjaya pecah rekod dengan 12 digit, menjadikan rekod tersebut hanya kurang daripada $4 bilion jumlah nilai terkunci (total value locked, TVL).

Malah, jumlah dagangan di platform tersebut bagi tempoh 24 jam acap kali mengatasi jumlah di beberapa pertukaran berpusat besar seperti Coinbase.

Untuk pengetahuan, Uniswap beroperasi di Ethereum dan terkenal sebagai ‘blue chip’ bagi ekosistem DeFi yang sedang membangun.

Menariknya lagi, penawaran Unisocks kini mencecah nilai lebih daripada satu Bitcoin!

Unisocks dilancarkan terhad hanya pada 500 token SOCKS pada 2019 dan dijual bergantung kepada bekalannya (bonding curve).

Setiap token SOCKS boleh ditebus untuk sepasang Unisocks yang mana memiliki sebanyak 314 dalam kitaran.

Adams juga memaklumkan harga SOCKS kini melepasi $50,000 semalam sebelum melonjak kepada lebih $64 bilion ketika penulisan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat