Universal Studio Bakal Anjur Aktiviti Buru Harta Karun NFT

116

Syarikat gergasi Universal Studio membuat perjanjian kerjasama bersama MoonPay dalam merancang aktiviti pencarian harta karun, scavenger hunt non-fungible token (NFT) sempena sambutan hari Halloween 2022 di Amerika Syarikat (AS).

Diperjelaskan bahawa pelawat yang mengunjung ke taman tema Universal Studio di California dan Florida akan mendapat peluang untuk menebus NFT dengan mengambil bahagian dalam program scavenger hunt pada 31 Oktober 2022.

Pada hari kejadian, 7 kod QR akan disembunyikan di lokasi berbeza dan sebaik sahaja diimbas, NFT tersebut akan mint secara automatik ke dalam wallet peserta.

Malah, NFT itu berpotensi untuk dimint sebanyak 7 juta NFT kerana syarikatnya yakin program yang dilancarkannya akan mempunyai sambutan yang luar biasa.

Sementara itu, pelanggan yang dapat mencari 7 kod QR tersebut akan menerima NFT yang disertakan dengan faedah eksklusif.

Acara seperti ini bukanlah perkara yang luar biasa di Amerika lebh-lebih lagi semasa Halloween namun ia akan memberikan pengalaman unik berasaskan web3 kepada orang ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MoonPay Soto-Wright, selain daripada memenangi NFT dan menikmati aktiviti scavenger hunt pada Halloween, syarikatnya akan memberikan faedah jangka panjang pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat