Update Terkini Mengenai Aussie dan Euro Pagi Ini!

32

Aussie merosot dalam sesi Asia pada Jumaat sementara menanti data pinjaman perumahan yang dijangka positif.

AUD/USD merosot sebanyak 0.12%, manakala USD/JPY meningkat 0.15%.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, data pinjaman perumahan bagi bulan Oktober menurun sebanyak 0.8%, berbanding kejatuhan sebanyak 1.0% pada bulan selanjutnya. Sementara itu di China, harga pengguna dijangka meningkat 0.1% pada bulan November.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 101.11.

Semalam, US Dollar meneruskan peningkatan berbanding matawang lain selepas laporan dasar terkini oleh Bank Pusat Eropah disamping laporan positif dari data tuntutan pengangguran AS.

Euro melemah setelah ECB mengatakan pada mesyuarat dasar bulanannya bahawa mereka akan melanjutkan program pembelian assetnya selama 9 bulan lagi.

EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, ECB mengekalkan kadar faedah penanda aras tidak berubah pada rekod sifar sejajar dengan ramalan.

Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Buruh berkata bahawa tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 10,000 kepada 258,000 pekerja pada minggu berakhir 2 Disember lalu.

Ulasan Terperinci Mengenai Kejatuhan Euro Semalam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat