Update Terkini Pasaran Sesi Asia Yang Semua Trader Mesti Baca!

60

Aussie mencatatkan peningkatan sederhana di pada hari Jumaat.

AUD/USD meningkat, sama seperti USD/JPY yang menunjukkan peningkatan sebanyak 0.19%.

aud-usd-21-10
AUD/USD, 30 minit
USD-JPY, 30 minit
USD-JPY, 30 minit

 

Sementara itu, pasaran juga menantikan data perumahan China bagi bulan September.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 98.35.

Semalam, US Dollar mula bangkit dari kerugian awal beikutan pasaran yang mencerna komen Presiden ECB, Mario Draghi serta beberapa data AS yang dikeluarkan bercampur-campur. ECB mengumumkan akan mengekalkan kadar faedahnya pada tahap sifar. Selain itu, ECB juga mengatakan bahawa program pelonggaran kuantitatif yang digunapakai sekarang kekal pada tahap  € 80 bilion sebulan.

Mario Draghi juga berkata, ECB akan mengemaskini langkah selanjutnya pada bulan Disember di samping meneliti keadaan pasaran semasa.

Dalam pada itu, Jabatan Buruh AS mengumumkan bahawa data tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 13,000 pada minggu berakhir 15 Oktober.

Selepas itu, Persatuan Kebangsaan AS melaporkan semalam bahawa jualan rumah sedia ada meningkat sebanyak 3.2%.

Di samping itu, Fed Philadelphia berkata bahawa indeks keadaan perniagaan menurun bagi bulan September.

Ayat-Ayat Ini Tidak Akan Sesekali Keluar Dari Mulut Trader Berjaya. #3 Tu Paling Sembang!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat