US Dolar Jatuh Menolak Emas Lebih Tinggi, Harga Minyak Mentah Naik

62

US dolar meneruskan penurunan berbanding matawang-matawang utama pada Isnin dengan pasaran kekal bimbang dan berhati-hati dengan kemajuan reformasi cukai doi Kongres Amerika Syarikat.

Jumlah dagangan dijangka semakin kecil sepanjang minggu ini menjelang perayaan Krismas minggu depan.

US Dolar pada mulanya membuat kenaikan pada lewat dagangan Jumaat apabila Republikan akhirnya bersepakat dengan isi kandungan rang undang-undang pemotongan cukai minggu lalu.

Ahli-ahli Republikan kini yakin Kongres akan meluluskan rang undang-undang di mana Senat akan mengundi seawal Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.40% setakat pukul 11.04 malam pada Isnin.

US dolar setakat ini melemah berbanding semua matawang utama yang lain yang termasuk Euro, GBP, Yen, CAD, AUD, NZD dan CHF.

Matawang Euro pula mendapat keuntungan selepas parti Sosial Demokrat (SPD) Jerman bersetuju untuk membuka rundingan gabungan parti bersama Chancelor Angela Merkel. Hal ini dilihat memberi peluang kepada pengakhiran ketidaktentuan politik di Jerman. Namun rundingan ini dijangka bermula tahun depan.

Pasaran Komoditi

Harga emas membuat kenaikan sejak pembukaan pasaran Asia pada Isnin. Harga spot emas ketika ini berada di sekitar  $1261.66 setakat pukul 11.12 pm naik dari  paras terendah Isnin $1252.65.

Emas biasanya akan membuat kenaikan jika US Dolar melemah. Dengan kejatuhan US dolar pada Isnin memberi peluang kepada kenaikan emas.

Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) membuat kenaikan pada Isnin walaupun terdapat masalah bekalan di North Sea dan Nigeria

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat