US Dolar Kembali Berdarah!

987

US dolar diperdagangkan di bawah tekanan pada hari Khamis di tengah-tengah hasil bon kerajaan AS yang menyusut. Bagaimanapun, kerugian yang dialami greenback adalah sederhana jika dibandingkan dengan kenaikan terbarunya.

Berdasarkan data inflasi terbaru yang diterbitkan, tekanan inflasi menunjukkan peningkatan, tetapi tidak secepat yang ditakuti oleh pelabur.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada inflasi, menepati jangkaan pasaran dengan meningkat 0.4% pada bulan Februari. Namun, inflasi teras hanya meningkat 1.3% berbanding jangkaan untuk kenaikan 1.4%.

Susulan itu, hasil bon AS 10 tahun terus berlegar di sekitar paras 1.525% dan dagangan dolar greenback terus mencatat penyusutan berbanding kebanyakan matawang utama pada awal sesi Asia.

Sementara itu, Dewan Perwakilan AS akhirnya meluluskan rang undang-undang pakej rangsangan $1.9 trilion yang seterusnya akan ditandatangani Presiden Joe Biden pada hari Jumaat.

Perkhabaran menggembirakan ini disambut baik oleh pasaran saham global, sekali gus mendorong Wall Street untuk meraih keuntungan besar ketika sesi New York.

Euro memanfaatkan kemerosotan dolar greenback dengan meningkat lebih tinggi di atas paras harga 1.19000 berbanding USD. Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) malam ini menjadi tumpuan utama pasaran.

Selain itu, matawang pound juga didagangkan lebih kukuh dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK bulanan pada hari Jumaat.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi didagangkan stabil setelah meraih keuntungan semalaman susulan kemerosotan US dolar, selain turut disokong oleh sentimen untuk matawang antipodean yang tetap kuat disebabkan kenaikan harga komoditi dan jangkaan untuk perdagangan global meningkat dengan cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat