US Dolar Kembali Kukuh Selepas Data Pekerjaan NFP Mencatat Pertumbuhan Sederhana!

405

Matawang US dolar melonjak pada hari Jumaat selepas 3 hari berturut-turut mencatat penyusutan berikutan kebimbangan pasaran mulai reda selepas data non-farm payrolls Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan yang sederhana.

Matawang greenback mencatat paras tertinggi dalam sesi dagangan berbanding matawang yen dan euro susulan laporan pekerjaan dikeluarkan. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 98.550 setakat jam 10.45 p.m

Data yang dikeluarkan menunjukkan Nonfarm payrolls meningkat sebanyak 136,00 pekerjaan pada bulan lepas. Data bulan Ogos pula dinilai semula daripada 130,000 pekerjaan kepada 168,000 bilangan pekerjaan. Dalam masa yang sama, kadar pengangguran jatuh ke paras terendah 50 tahun lalu pada paras 3.5%.

Menurut penganalisis John Velis, data yang dikeluarkan menunjukkan bahawa pasaran buruh dan ekonomi masih bertumbuh dengan baik walaupun tidak kukuh. Beliau sendiri berpendapat ia juga belum cukup kukuh untuk the fed menghentikan pengurangan faedah pada tahun ini.

Matawang Euro mencatat penyusutan berbanding US dolar sebelum mula mengukuh sedikit kepada paras 1.0978. Matawang GBP terus mencatat penyusutan berbanding US dolar sebanyak 0.26% penyusutan kepada paras 1.2296 setakat jam 10.50 p.m.

Negara UK masih dihimpit dengan kekhuatiran terhadap isu Brexit. Pakar Strategi, David Roche, berpendapat bahawa cadangan Perdana Menteri Boris Johnson untuk membahagikan Ireland merupakan sesuatu yang akan ditolak oleh Kesatuan Eropah dan sukar untuk dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat