US Dolar Mengukuh, Harga Minyak Jatuh Daripada Paras Tertinggi

364

Pasaran Matawang

Matawang US dolar kembali mengukuh berbanding yen dalam sesi dagangan Eropah selepas China merencanakan untuk mengurangkan atau memperhentikan pembelian bon.

USD/JPY mengukuh sebanyak 0.25% kepada 111.72 setakat jam 04.40 p.m.

Berdasarkan laporan pada hari Khamis, pembuat dasar pertukaran asing China membuatkan kenyataan berkenaan laporan Beijing yang merencanakan untuk memperlahankan atau memperhentikan pembelian bon adalah salah informasi atau boleh jadi palsu.

Matawang US dolar jatuh melebihi 1% selepas berita itu tersebar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.17% kepada 92.27 setakat jam 04.40 p.m.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar.

Pasaran Komoditi

Harga minyak jatuh dariapda paras tertinggi 3 tahun pada hari Khamis, walaupun pengeluaran US dan kejatuhan dalam inventori.

Harga minyak mentah US WTI jatuh sebanyak 0.02% kepada $63.56. Harga minyak Brent jatuh sebanyak 0.10% kepada $69.13.

Harga emas masih lagi jatuh berikutan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat