US Dolar Mengukuh Pada Sesi Asia Hari Ini, Euro Lemah

61

Matawang Euro sedikit lemah pada sesi Asia berikutan pilihan raya Austria dan tumpuan terhadap konfrontasi Catalonia dengan Madrid. Sementara itu keadaan matawang U.S dolar yang tidak menentu disebabkan data inflasi U.S yang lemah dari jangkaan turut memberi kesan negatif kepada greenback.

Euro jatuh sebanyak 0.11% pada jam 1.08 p.m iaitu pada $1.1809 selepas berada pada paras tetinggi 18 hari lalu di $1.1880 pada hari Khamis.

Sebastian Kurz yang merupakan ahli Konservatif Austria terpilih menjadi pemimpin negara selepas memenangi pilihan raya pada hari Ahad. Parti beliau dijangka akan bergabung dengan Far-right Freedom Party (FPO).

Para pelabur juga memberi tumpuan terhadap negara Sepanyol, dimana pemimpin Catalan, Carles Puigdemont dikhendaki memberi kata putus pengisytiharan kemerdekaan selewat-lewatnya hari ini pada jam 10.00 p.m.

Menurut Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, tempoh masa diberikan bagi pengesahan posisi beliau  ialah pada hari ini, dan lanjutan sehingga Khamis, jika beliau ingin mengubah fikiran. Namun jika Carles Puigdemont masih berkeras untuk mengisytiharkan kemerdekaan, autonomi Catalonia akan dibatalkan oleh Sepanyol.

Selain itu, kejatuhan matawang Euro juga didorong oleh jangkaan para pelabur bahawa Bank Pusat Eropah akan mengumumkan pelan pengurangan pembelian bon.

Para pelabur juga tidak teruja dengan dolar U.S apabila peningkatan data inflasi menunjukkan dibawah jangkaan.

Indeks dolar U.S meningkat sedikit pada jam 1.11 p.m iaitu sebanyak 0.11% pada 93.02 selepas mengalami kejatuhan pertama pada minggu lepas berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Fed yang merosot pada bulan Disember dan harapan pemotongan cukai oleh Presiden Donald Trump.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Tohru Sasaki, pengerusi penyelidikan pasaran JPMorgan Chase bank bahawa ” Berkemungkinan fasa short-covering bagi U.S dolar akan tamat.” Short-covering ialah pedagang membeli jenis dan jumlah saham yang sama dengan jualannya.

Pada ketika ini pasaran menumpukan pada laporan polisi jangka panjang oleh Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat