US Dolar Menyusut, Harga Minyak Brent Naik Melebihi 1%, Harga Emas Naik

55

Forex

Matawang Australia dan New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.17% kepada 0.7570 berbanding US dolar setakat jam 04.30 p.m.

  • Pengukahan matawang AUD didorong sentimen terhadap matawang US dolar. The Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat yang akan diadakan pada hari ini walaupun masih dihimpit oleh isu inflasi yang lemah.
  • US dolar menyusut juga disebabkan perhatian terhadap keadaan politik di US, selepas calon demokrat memenangi kerusi Senat di Alabama.
  • Pengurang kerusi majoriti Senat akan mendatangkan kesusahan kepada Presiden Donald Trump untuk melaksanakan reformasi cukai.

Matawang NZD mencatat pengukuhan sebanyak 0.22% kepada 0.6949 setakat jam 04.30 p.m.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.01% kepada 94.05 dalam sesi dagangan Eropah pada Rabu setakat jam 04.30 p.m.

Minyak

Harga minyak naik pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.93% kepada $57.67 setakat jam 04.30 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 1.17% kepada $64.08 setong setakat jam 04.30 p.m.

  • Peningkatan harga minyak ada didorong oleh penutupan saluran minyak terbesar UK dari laut utara untuk beberapa minggu bagi prosoes pemulihan.
  • Saluran minyak UK mengeluarkan 450,000 tong setiap hari dan kini ditutup pada hari Isnin untuk dibaiki.
  • Selain itu, laporan daripada American Petroleum Institute (API), pengeluaran minyak mentah jatuh sebanyak 7.382 juta tong pada minggu lepas, manakala inventori gasoline naik 2.3 juta tong.

Emas

Harga emas terus meningkat dalam sesi dagangan Eropah, namun berada di paras terendah 5 bulan lalu berikutan penantian pelabur terhadap keputusan mesyuarat The Fed berkenaan kadar faedah.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.15% pada Rabu kepada $1,243.60 setakat jam 04.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat