US Dollar Ibarat Dicucuk ‘Steroid’ Dan Teka Teki NFP Sudah Bermula

52

Perbezaan ketara mula kelihatan dalam pasaran matawang melihatkan US Dollar meneruskan penguatannya melawan matawang utama lain.

Secara ringkasnya, EUR/USD dan GBP/USD meneruskan penurunan dan USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD pula sebaliknya, naik.

Pelabur dilihat tidak mengambil serius mengenai komen Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer mengenai akan berlakunya kenaikan interest rate September ini menerusi penurunan treasury yield dan kenaikan pasaran saham.

Jika pelabur percaya akan berlakunya 2 kenaikan interest rate tahun ini makan yield akan meningkat dan pasaran saham akan menurun.

Fed fund futures juga melihatkan hanya 36% kebarangkalian berlakunya kenaikan pada September dan 61% kebarangkalian berlaku kenaikan pada Disember.

Ucapan Janet Yellen dan Stanley Fischer jumaat lalu bernada hawkish namun pasaran semestinya mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu bukti-bukti kenaikan interest rate.

Laporan yang dikeluarkan pada isnin, iaitu laporan pendapatan dan perbelanjaan individu dilihat hambar untuk menyokong komen-komen hawkish jumaat lalu.

Indeks USD 1 jam
Indeks USD 1 jam

Namun apa yang dinanti-nantikan sebenarnya adalah laporan nonfarm payroll (NFP) jumaat nanti. Sekiranya peningkatan payroll (gaji) di bawah 125K, Fed mungkin tidak menaikkan interest rate.

Di Jepun, pasaran saham Jepun melambung setelah berlakunya sell-off pada matawang Yen jumaat lalu.

Hari ini laporan konfiden pengguna akan dikeluarkan pada pukul 10 malam nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat