US Dollar Memulakan Dagangan Lemah Dalam Sesi Asia Sementara Menunggu Lebih Banyak Komen Dari Trump!

66

US dollar memulakan dagangan lemah awal minggu ini, sementara Euro melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih sebulan memandangkan kebanyakan pelabur masih menunggu butiran lanjut mengenai langkah rangsangan yang akan diumumkan oleh Trump.

Euro mengukuh sebanyak 0.2 peratus kepada $1.07270 selepas meningkat kepada $1.07300 sebelum ini.

EUR/USD, 30 minit

Sentimen ini juga telah menolak jatuh US Dollar Index sebanyak 0.2 peratus dalam sesi ini.

US Dollar dilaporkan menjunam sebanyak 0.7 peratus berbanding Yen kepada 113.83.

USD/JPY, 30 minit

Kebanyakan pelabur dikatakan kecewa dengan ucapan pertama selepas dilantik menjadi Presiden AS kerana beliau hanya memberi penekanan ringkas mengenai dasar dan cadangan beliau sebelum ini.

Perlantikan beliau kemudian disusuli dengan protes oleh ratusan ribu penunjuk perasaan sehari selepas beliau dilantik.

Trump berkata sebelum ini bahawa beliau bercadang untuk mengadakan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara dengan pemimpin dari Kanada dan Mexico. Trump juga dikatakan merancang untuk menarik diri dari Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menurut Pengarah di Firma Penyelidikan Pertukaran Asing Global di Tokyo, Kaneo Ogino, pasaran perlu melihat dengan teliti mengenai jenis dasar yang akan dilaksanakan oleh Trump.

Sesi pasaran matawang sesi Asia minggu ini juga dikatakan melembap apabila sesetengah pelabur bersedia untuk cuti yang agak panjang Sempena Tahun Baru China.

Proses Pembekuan Bekalan Minyak Mentah Berjalan diluar Jangkaan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat