Proses Pembekuan Bekalan Berjalan diluar Jangkaan!

125

Harga minyak mentah melonjak dalam sesi Asia sejurus selepas mesyuarat hujung minggu diantara menteri OPEC dan rakan-rakan pengeluar utama yang lain dalam membincangkan langkah pengurangan bekalan minyak mentah global berjalan dengan baik.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi penghantaran Mac telah meningkat sebanyak 0.21 peratus kepada $53.50 setong. Di ICE London, Minyak Brent bagi penghantaran Mac kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.18 peratus.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak menyifatkan bahawa perjanjian ini merupakan suatu kejayaan dan keputusan pembekuan berjalan di luar jangkaan.

Nigeria dan Libya telah dikecualikan dari perjanjian ini berikutan isu sekatan bekalan yang menimpa kedua-dua negara itu sebelum ini.

Menurut Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih, kerjasama antara kerajaan Arab Saudi serta pengeluar-pengeluar utama memainkan peranan yang sangat penting agar perjanjian ini dapat dijayakan.

Walaupun permintaan minyak mentah biasanya lebih rendah pada suku pertama kerana musim sejuk, perjanjian ini telah menunjukkan kesan ketara ke atas spot price yang menyaksikan minyak mentah masih berlegar di paras yang agak tinggi.

Pada minggu lalu, harga minyak ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan tanda-tanda awal terhadap pembekuan bekalan minyak global.

Harga komoditi ini turut melonjak tinggi pada penghujung minggu lepas selepas Khalid mengumumkan penurunan sebanyak 1.5 juta tong sehari daripada kira-kira 1.8 juta tong yang telah dipersetujui sebelum ini telah berjaya dicapai. Dalam masa yang sama, komen-komen yang mengatakan pasaran ini telah kembali seimbang juga menyokong pengukuhan harga minyak.

Namun begitu, lonjakan harga komoditi ini kembali goyah setelah laporan menunjukkan peningkatan mendadak terhadap jumlah pelantar minyak mentah di AS.

Menurut Baker Hughes, bilangan pelantar minyak AS meningkat sebanyak 9 buah minggu lepas kepada 551 pelantar, sekali gus mencatat peningkatan mingguan tertinggi dalam tempoh 14 bulan.

Kupasan Ringkas Mengenai Event Berimpak Besar Bagi Sepanjang Minggu Ini (23-27 Januari 2017)

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat