US Dollar Mula Berada Dalam Dagangan Sederhana Sementara Menanti Laporan NFP!

39

US Dollar didagangkan dalam jajaran kecil berbanding matawang utama yang lain pada Rabu apabila pelabur mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang data NFP yang akan diumumkan pada Jumaat.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai pada 101.92 peratus.

Data NFP ini juga dikatakan amat penting bagi mendapatkan sebarang petunjuk dan memastikan sektor pekerjaan dan gaji berada pada landasan yang betul untuk prospek kenaikan kadar pada minggu depan.

Lebih awal dari itu, firma pemprosesan gaji ADP akan mengeluarkan laporan mengenai data gaji sektor swasta bagi bulan Februari.

Dalam masa yang sama, pasaran turut meletakkan dua lagi kenaikan pada bulan September dan Disember dengan jumlah jangkaan masing-masing sebanyak 65 peratus dan 53 peratus.

Dalam sesi ini juga, EUR/USD tergelincir sebanyak 0.09 peratus kepada 1.0557.

Euro menunjukkan sedikit respon sebaik sahaja data pengeluaran perindustrian Jerman menunjukkan peningkatan, melebihi ramalan awal pasaran sebanyak 2.8 peratus pada bulan Januari.

Sementara itu, Yen tidak banyak berubah dengan USD/JPY masih berlegar di paras terendah iaitu pada 113.59.

Sterling pula menjunam dengan penurunan GBP/USD sebanyak 0.17 peratus menjelang pembentangan belanjawan tahunan kerajaan UK yang akan dikeluarkan di saat negara itu bersedia untuk mencetuskan proses penceraian rasmi dari Zon Eropah.

Seluruh Dunia Perlu Berhati-hati Dengan Kehadiran Lelaki Ini di dalam Pentadbiran Perdagangan Trump

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat