USD Bermula Lebih Kukuh, Ketahui Apa Terjadi Dalam Pasaran!

376

Permulaan dagangan awal Jun menyaksikan US dolar didagangkan meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama dengan tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan data ekonomi dari Australia pada sesi Asia.

Sekiranya data yang dicatatkan merosot, ia akan membawa kesuraman dalam pasaran lebih-lebih lagi pelabur sebelum ini telah diperlihatkan dengan data ekonomi China yang mengecewakan pada Selasa.

Mata wang euro sedikit susut di tengah-tengah kebimbangan terhadap inflasi yang semakin ‘menyengat’ Zon Eropah sehingga mencatatkan rekod tertinggi tahunan 8.1% pada bulan Mei.

Peningkatan ini pastinya meningkatkan lagi harapan pelabur untuk menyaksikan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Namun, lonjakan inflasi yang tinggi juga menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Zon Eropah.

Langkah sekatan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) yang dikenakan ke atas import minyak Rusia dilihat akan memacu peningkatan harga pengguna lebih tinggi disebabkan lonjakan kos tenaga.

Selain itu, dagangan pound masih berlegar pada sekitar harga 1.2600 berbanding US dolar apabila keraguan terhadap kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Bank Pusat England (BOE) terus membelenggu pasaran.

US dolar pula memulakan dagangan dengan langkah positif ketika para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) terus memberi kenyataan hawkish mengenai penetapan kadar faedah selanjutnya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberitahu Pengerusi Fed Jerome Powell bahawa beliau akan memberi bank pusat itu ruang kebebasan untuk menangani inflasi mengikut kesesuaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat