USD/CAD Catat Penurunan 150 Pips Dari Paras Tertinggi 8 Bulan

255

Pergerakan harga pada carta bagi pasangan matawang USD/CAD menunjukkan penurunan ketara sejak awal sesi pasaran Asia minggu ini dibuka sehingga ke sesi pasaran Eropah mencatatkan penurunan lebih 100 pips.

Ini adalah berikutan pengukuhan matawang dolar Kanada disokong oleh faktor kenaikan harga minyak mentah yang dilaporkan kembali melonjak 3%.

Tumpuan akan turut terarah pada pertemuan negara-negara pengeksport petroleum dunia (OPEC) bersama rakan sekutunya untuk membincangkan isu tindakan pengurangan pengeluaran untuk kestabilan harga minyak dalam pasaran.

Pasaran turut menjangkakan tiada perubahan bagi kadar faedah yang akan ditetapkan oleh Bank of Canada (BOC) pada mesyuarat dasar monetari pada Rabu ini.

Dengan matawang US dollar yang bergerak lemah dalam pasaran, Loonie berjaya mengambil kesempatan untuk kembali menekan harga ke paras lebih rendah semula selepas harga berjaya mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian 1.34600 pada Jumaat lalu, iaitu paras tertinggi sejak Jun 2019.

Penurunan dari paras resistance tersebut telah mencatatkan 150 pips setakat sesi Eropah petang ini sekitar 1.33200.

Harga juga telah berjaya melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat awal perubahan trend kepada bearish untuk carta harga USD/CAD.

Jika harga meneruskan penurunan, paras 1.33000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) akan cuba ditembusi sebelum turun lebih rendah menuju zon RBS 1.32600.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula ke zon support 1.32000 yang diuji pada dagangan Februari.

Namun jika harga kembali menunjukkan kenaikan semula, harga yang berjaya melepasi kenaikan pada paras 1.33800 dan juga halangan MA50 ddijangka akan menguji semula paras ketinggian 1.34600 minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat