USD/CAD Menjunam 130 Pip Selepas Data Inflasi Kanada Melebihi Unjuran Bank Pusat

66

Dolar Kanada melonjak pada Khamis selepas pengumuman data yang begitu memberangsangkan. Data inflasi dan jualan runcit merekodkan bacaan yang positif. Pada hari Khamis sahaja, CAD merekodkan kenaikan lebih daripada 1.0% berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Bank pusat Kanada mensasarkan kadar inflasi 2% di mana pada Oktober BoC mengunjurkan inflasi berada pada purata 1.40% dalam suku keempat 2017. Pembuat polisi juga tidak menjangka kenaikan ke arah 2% sehinggalah akhir tahun depan.

Namun, apa yang berlaku adalah inflasi harga pengguna (CPI) meningkat kepada 2.1% dari tahun ke tahun pada November dari 1.40% sebelum ini pada Oktober. Kenaikan harga pengguna ini banyak disokong oleh lonjakan harga gasolin sehingga 19.6%.

Walaupun dengan kenaikan harga, kita masih tidak pasti dengan impak yang dibawa oleh kenaikan inflasi terhadap perbelanjaan pengguna. Hal ini kerana jualan runcit merekod kenaikan yang begitu memberangsangkan.

Statistik menunjukkan jualan runcit naik 1.50% kepada $49.9 billion pada Oktober. Peningkatan jualan kereta adalah penyumbang utama kepada kenaikan jualan runcit. Jika tidak mengambil kira jualan kenderaan, jualan runcit merekod kenaikan 0.80% berbanding jangkaan 0.40%. Ini adalah satu kenaikan yang agak mengejutkan jauh melebihi jangkaan.

USD/CAD menjunam 130 pip selepas data dikeluarkan pada Khamis. Dolar Kanada turut mengukuh berbanding GBP, Yen dan NZD sejak pukul 9.30 malam pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat